Saturday 27 December 2014

Banjir 2014

Assalamualaikum



Tahun ni Allah S.W.T kirim ujian lebih besar. Bukan untuk Malaysia saje bahkan negara-negara jiran jg. Dari kecil lagi aku always set my mind yang ujian Allah tu adalah tanda Allah sayang kita. Bila masuk IPG, aku dengar kata-kata yang lebih kurang kt Pusat Islam Al-Hidayah (Surau IPG Ipoh). Ujian itu, tarbiah Allah untuk kita. Tarbiah boleh jadi dalam bentuk teguran untuk sedarkan kita. Tegur kerana salah, tegur kerana tak mau orang yang kita sayang terus salah. Macam mak kita lah, marah kita bila buat salah.

"Allah takkan bagi ujian yang tak mampu kita hadapi"

Kata-kata ni mcm chill pill bagi aku. Ubat penenang saat aku rebah, kalut, panik, depressed, mental break down segala bagai. Kata-kata ni jugak lah chill pill aku bila banjir di Malaysia makin naik. Start dari Kelantan dan Terengganu. Kawan-kawan IPG update kat Whatsapp, Facebook and Instagram. Aku wish dorg selamat sebab kawan-kawan ramai jugak kat sana. Then, slowly..Perlis and Pahang pun mula banjir. Aku dah risau sebab mula bergerak ke arah Perak. Then, Perak Utara banjir teruk especially Kuala Kangsar dan Lenggong. Kami yang tinggal di daerah-daerah yang dekat dengan Sungai Perak dinasihatkan supaya bersiap sedia. Malam tu, aku packing barang siap-siap dengan mak. Selalu berdoa supaya dijauhkan banjir di tempat kami tapi Kun Fa Ya Kun. Jika Allah berkehendakkan sesuatu tu jadi, jadi lah. So ktorg prepare je in case. Hati dah 50-50. Separuh hati berserah, separuh lagi kuat berzikir and berharap. Malam tu masing-masing tak boleh tidur sebab risau air naik time tidur. Esoknya, Alhamadulillah tgk air tak naik lg tapi hujan non-stop. Until today, kami masih lagi berjaga-jaga dan tak putus doa smoga semua mangsa banjir selamat.


Hikmah

Hikmah yang pasti dan jelas, kita semua akan terus ingat Allah SWT saat antara hidup dan mati. Dalam satu rancangan TV, SALAM MUSLIM yang siarkan pasal peristiwa tsunami Acheh selepas 10 tahun. Ada seorang mangsa tsunami yang cerita bila ombak tsunami tu datang, dia terus lari naik motor dgn suami n anak kecil dalam pelukan dia. Dia tak ingat langsung nak balik selamatkan mak dan anak-anak yang lain kt rmh. Dia kata dia pun tak tau kenapa dia tak balik untuk selamatkan dorg. Bencana ni adalah kiamat kecil kata ustaz. Hari Kiamat esok, kita pun begitu juga. Kita tak ingat pasal orang lain even family. Kita cuma fikir pasal kita dan timbangan kita.

Time panik kat rmh, tgk berita dan updates dr media social, aku tak pernah ada perasaan cmni. Perasaan ni buat aku flashback baik buruk yang aku pernah buat, zikir non-stop sebab takut there's no tomorrow for us and terus lupa masalah dunia. Buat pertama kalinya, aku merasa perasaan meletakkan diri aku bulat-bulat pada Allah. Buat pertama kalinya, aku berserah apa sahaja ketentuan yang diberikan kerana itulah sebaik-baiknya.


No comments:

Post a Comment