Tuesday 30 December 2014

Last Art 2014

Assalamualaikum

Ini art terakhir before masuk tahun baru 2015. Beriya sikit untuk yang last ni. Small celebration la kiranya untuk tahun 2014. When I draw, I simply draw whatever I want. Walaupun tak relevan, tak make sense or mengarut lukisannya. Heheh.



 




Lastly, selfie terakhir 2014



Sunday 28 December 2014

Day 2: Where you'd like to be in ten years

Assalamualaikum




Day 2: Where you'd like to be in ten years

I am currently 23 + 10 = 33
Thus, I should be 33 years old in ten years. InshaAllah aku harap by then aku dah achieved semua ni:
1. Grad with Degree
2. An English teacher
3. An Art teacher
4. Married before 25 years old. InshaAllah. Amin.
5. 3-4 children. If ada twin, it'll be a dream comes true. Haha
6. Saving utk bawak Mak Ayah Ake g umrah
7. Saving for me and future husband g Haji
8. Saving for future
9. Letters, emails, blogs for kids
10. Personal art bussiness perhaps..online.

Where will I be in 10 years? 
In a state where my husband yang baik macam Aaron Aziz decided to lives. Working mother with four children yang comel, baik akhlak, hormat orang tua, rajin and tak diskriminasi orang. I also have hundreds adopted children in school yang sibuk stalk rumah teacher dia and datang raya tiap-tiap tahun until dorg habis darjah enam. These adopted children changes and renew every year. Hahaha. 


P/S: Alhamdulillah, dua hari lepas dapat tau aku lulus interview SPP. Now cuma tunggu penempatan posting. InshaAllah. Terkejut aku bila dapat tau ada kawan yang dapat result lain. Aku harapkan semua batch kami dapat posting. Amin. InshaAllah.

Saturday 27 December 2014

Banjir 2014

Assalamualaikum



Tahun ni Allah S.W.T kirim ujian lebih besar. Bukan untuk Malaysia saje bahkan negara-negara jiran jg. Dari kecil lagi aku always set my mind yang ujian Allah tu adalah tanda Allah sayang kita. Bila masuk IPG, aku dengar kata-kata yang lebih kurang kt Pusat Islam Al-Hidayah (Surau IPG Ipoh). Ujian itu, tarbiah Allah untuk kita. Tarbiah boleh jadi dalam bentuk teguran untuk sedarkan kita. Tegur kerana salah, tegur kerana tak mau orang yang kita sayang terus salah. Macam mak kita lah, marah kita bila buat salah.

"Allah takkan bagi ujian yang tak mampu kita hadapi"

Kata-kata ni mcm chill pill bagi aku. Ubat penenang saat aku rebah, kalut, panik, depressed, mental break down segala bagai. Kata-kata ni jugak lah chill pill aku bila banjir di Malaysia makin naik. Start dari Kelantan dan Terengganu. Kawan-kawan IPG update kat Whatsapp, Facebook and Instagram. Aku wish dorg selamat sebab kawan-kawan ramai jugak kat sana. Then, slowly..Perlis and Pahang pun mula banjir. Aku dah risau sebab mula bergerak ke arah Perak. Then, Perak Utara banjir teruk especially Kuala Kangsar dan Lenggong. Kami yang tinggal di daerah-daerah yang dekat dengan Sungai Perak dinasihatkan supaya bersiap sedia. Malam tu, aku packing barang siap-siap dengan mak. Selalu berdoa supaya dijauhkan banjir di tempat kami tapi Kun Fa Ya Kun. Jika Allah berkehendakkan sesuatu tu jadi, jadi lah. So ktorg prepare je in case. Hati dah 50-50. Separuh hati berserah, separuh lagi kuat berzikir and berharap. Malam tu masing-masing tak boleh tidur sebab risau air naik time tidur. Esoknya, Alhamadulillah tgk air tak naik lg tapi hujan non-stop. Until today, kami masih lagi berjaga-jaga dan tak putus doa smoga semua mangsa banjir selamat.


Hikmah

Hikmah yang pasti dan jelas, kita semua akan terus ingat Allah SWT saat antara hidup dan mati. Dalam satu rancangan TV, SALAM MUSLIM yang siarkan pasal peristiwa tsunami Acheh selepas 10 tahun. Ada seorang mangsa tsunami yang cerita bila ombak tsunami tu datang, dia terus lari naik motor dgn suami n anak kecil dalam pelukan dia. Dia tak ingat langsung nak balik selamatkan mak dan anak-anak yang lain kt rmh. Dia kata dia pun tak tau kenapa dia tak balik untuk selamatkan dorg. Bencana ni adalah kiamat kecil kata ustaz. Hari Kiamat esok, kita pun begitu juga. Kita tak ingat pasal orang lain even family. Kita cuma fikir pasal kita dan timbangan kita.

Time panik kat rmh, tgk berita dan updates dr media social, aku tak pernah ada perasaan cmni. Perasaan ni buat aku flashback baik buruk yang aku pernah buat, zikir non-stop sebab takut there's no tomorrow for us and terus lupa masalah dunia. Buat pertama kalinya, aku merasa perasaan meletakkan diri aku bulat-bulat pada Allah. Buat pertama kalinya, aku berserah apa sahaja ketentuan yang diberikan kerana itulah sebaik-baiknya.


Wednesday 24 December 2014

Day 1: Write Some Basic Things About Yourself

Assalamualaikum




DAY 1: Write Some Basic Things About Yourself

10 Facts about me:
1. Aku ada kecacatan kat pipi. Kurang cell orang kata.
2. Aku nak kurus. Aku akan kurus!! Amin.
3. Aku suka haiwan especially kucing.





Semua ni breed Munchkin. Comel kan? Ntah macammana la rupa dorg kalau lari. Breed asli memang mahal especially rare breed. Tak nak lah beli, nak adopt je a cat one day. Mixed breed je sudeeyy..

4. Tinggi aku 171cm sje. Average height actually.
5. Nickname dari darjah 6 sampai sekarang Hantu Galah.
6. Aku minat seni sangat sangat sangat sangat sangat
7. Suka experiment time mengajar.
8. Aku agak tomboy waktu kecil, skrg dah pencen.
9. Aku ni boleh tahan garang jugak. Jangan buat gila, pengawas ni. Haha.
10. Aku suka lelaki yang kelakar dan baik budi bahasa.


Ok Done.

P/S: Actually skrg tgh runsing tak boleh tidur sebab hujan tadi rsau air naik kat sungai perak. InshaAllah semoga semua selamat.

30 Day Challenge!

Assalamualaikum

The easiest way to get ideas to post something in blogs will be this. 30 day challenge. Akan ada motif, akan ada intipati apa nak ditulis tiap-tiap hari. Dah cari banyak kat google. Top 3 challenge lists:


Writing challenge - Kadang malas nak perah otak nak tulis panjang-panjang (alasan)




Drawing Challenge - malas nak lukis (Tipu)






Photo Challenge - Malas nak snap-snap picture bagai (alasan kuasa 2)



Semua malas, mengada. Heh. Ok buat semua lah. Ambitious sgt lah pulak. Bipolar. Start dengan writing challenge dulu lah. Fighting!

Tuesday 23 December 2014

Personaliti Berdarah

Assalamualaikum

Aku pernah post the same post before entitled 'Bloody Persona' dalam blog lama. Darah related dengan perangai kita? Interesting subject kan. However, some claimed yang ini adalah superstitious semata-mata and ada jugak yang kata benda ni real science. At the end of the day, aku percaya personaliti kita tak mungkin hundred percent sama. So, jangan nak percaya sangat. Especially bila result cakap benda baik-baik, hebat-hebat pasal kita. ha ha ha.


Takeji Furukawa, professor at Tokyo Women’s Teacher’s School yang create teori ni pada tahun 1927.
27 tahun selepas sistem darah kita officially digroupkan. Teori ni tersebar luas di South East Asia especially Jepun and Korea. So jangan pelik kalau orang korea tiba-tiba tanya jenis darah. *sepetkan mata*


Blood Type A – The Farmers

Those with blood type A are often called ‘Farmers’. Kebanyakan warga berdarah A ni jenis berahsia dan pendam perasaan sebab sifat pemalu, reserved dan introvert. Geng A jugak jenis bertimbang rasa, penyabar dan menepati waktu. Boleh jadi sangat kreatif dan perfectionist. Sebab dorg perfectionist, kadang-kadang dorg terlalu fokus pada benda-benda detail. Jenis yang romantik ala drama TV and out-of-reality bila masuk bab romantik. They can be self-conscious and can be unable to express their emotions well. Walaupun begitu, dorg jugak degil, terlalu berhati-hati and dingin kadang-kadang atmosphere dengan dorg boleh jadi tegang. Mereka adalah herbivor yang hebat - meaning diet terbaik warga darah A adalah sayur.

Best Traits: Conservative, introverted, reserved, patient and punctual. Perfectionists.
Worst Traits: Obsessive, stubborn, self conscious and uptight.
Famous As:

Britney Spears ( a pop singer zaman Opps I did it again )


Adolf Hitler (The dictator and killed too many people)

Jet Li  (Actor and famous for his martial arts)


Blood Type B – The Nomads/The Hunters

Blood type B ni jenis yang passionate, liar and aktif. Jenis yang enjoy life. Mereka ni kreatif, berfikiran positif and jenis yang 'let's go!'. Sayang haiwan. Ambil berat orang dan barang yang dorg sayang. Boleh jadi individualistic dan berdikari. Kadang dorang tak kisah apa orang nak cakap pasal dorg. Gagal ke berjaya ke dorg gelak je, liberal thinking katenye. Walaupun dikatakan jenis happy-go-lucky, dorg boleh jadi kurang sabar dan cepat putus asa. Ada jugak yang ckp adik-adik B ni jenis pentingkan diri dan tak bertanggungjawab. Boboys B dikatakan bukan husband material yakni bad boy and players. Gegurls Jepun and Korea mungkin suka kat korg tak bukan untuk long-term. However, gegirls dengan berdarah B rekod bersih tak senasib dengan boboys berdarah B sebab gegirls B ni dorg kate ada sistem imun yang tinggi dan tak alergik dengan bahan tenusu.

Best Traits: Creative, passionate, animal loving, optimistic, flexible and individualistic.
Worst Traits: Forgetful, irresponsible, and self-centered.
Famous Bs:

Akira Kurosawa ( Antara pembikin filem paling berpengaruh )


Mia Farrow (Pelakon dan fashion idol)


Leonardo DiCaprio ( Pelakon and yes, mmg comel dr zaman Titanic)


Blood Type AB – The Humanists

Geng darah jenis AB ni dikatakan jenis 'semua pun boleh' attitude dan daya tumpuan yang tinggi. Jenis yang minat semua benda dan IQ tinggi. Jenis yang berorietasikan kepala yakni jenis yang rasional, kritikal dan terkawal, tak terefek dengan emosi. Tapi, kadang cara dorg boleh jadi agak autoritatif atau diktator. They can be pemalu, aloof and tak tetap pendirian and janggal dengan orang lain. Ada jugak yang ckp orang AB ni jenis suka sorang-sorang. Dorg enjoy alone moment. They are also said to have split personalities and can therefore be emotional and tak dapat diduga. Sebab pendirian yang berubah-ubah ni ada orang cakap AB ni jenis yang tak boleh dipercayai dan jenis talam dua muka. However, they are good with money.

Best Traits: Cool, controlled, rational, introverted and empathic.
Worst Traits: Aloof, critical, indecisive and unforgiving.
Famous ABs: 

John F. Kennedy (President United States and reported ad skandal dgn Marilyn Monroe)



Marilyn Monroe (Actress, Model, Singer and sex symbol)


Jackie Chan (Actor and great martial art artist)


Blood Type O – The Warriors

Those with blood type O are natural leaders – jenis yang outgoing, energetic and optimistic. Jenis cakap terus terang apa yang dorg fikir but at the same time, friendly with people. Sangat expressive, passionate with self-esteem yang tinggi dan bercita-cita tinggi. Mereka ada strong physical presence and jarang orang tak perasan geng O ni. Kadang-kadang dorg ni jenis 'drama queen' buat orang lain tak selesa dengan dorg. Geng O juga boleh jadi agak sombong, tak sensitif, ruthless and vein. Obses dengan kejayaan. However, dorg takkan tinggalkan orang yang ada masalah keseorangan dan dikatakan mereka ni natural athletes. Jenis karnivor katenye.
Best Traits: Ambitious, athletic, robust and self-confident. Natural leaders.
Worst Traits: Arrogant, vain, insensitive and ruthless.
Famous Os:

Al Capone (Gangster Amerika yang sgt famous)


Queen Elizabeth II ( The Queen of England )


Elvis Presley (Pop Idol famous kalah Justin Bieber)



Aku?
I am a B. Sumpah tak sama. Ok Fine. Adalah yang sama tapi tak semua. Aku macam ada a little bit of everything. HaHa. Bila cerita tentang darah. Org bila jumpa aku, mesti tanya camni:

Lecturer A: Are you sick girl?
Lecturer B: Why is your hand so pale?
Friend A: Pucat gila muka kau, demam ke?
Friend of a friend B: Ko tak makan ke? Apsal pucat sgt?




Me dua dari kiri: Tengok tapak tangan - pucat kan? Doktor kata ada 2 kemungkinan, darah tak jalan dgn lancar or aku memang putih pucat.


Mak: Ira memang pucat dari kecik ( Sambil buat poker face )


Risau lah bila semua orang cakap aku pucat. Risau if benda ni mengganggu kesihatan kan. So gi consult dengan doktor yang biasa aku jumpa, Doktor Nurul Huda. Aku suka jumpa doktor ni sebab jarang jumpa doktor perempuan kat tempat aku. Lebih selesa lah jumpa doktor perempuan if nak tanya benda-benda yang malu nak tanya kat doktor laki kan. lol. Aku pun explain kat dia psl masalah ni tp aku mengaku lah jugak pernah derma darah. Doktor pun kaget bila aku kata pernah donate blood. Ye, donate blood memang ada dalam wishlist hidupku. Ha Ha. Doktor Nurul Huda check tangan and bawah mata aku. Tangan aku pucat sangat so does bawah mata aku. So doktor suspect dua kemungkinan. Memang kulit pucat or darah tak lancar. If tak lancar most probably ada penyakit and kena check la apa penyakitnya kan.

Dulu masa nak derma darah pun petugas yang kerja situ ragu-ragu. "Pengsan karang awak ni..." *Buat muka Kucing mata beso minta ikan* Dia check darah aku. "Darah awak jenis B. Haemoglobin bagus." Then dapat greenlight. Hew Hew Hew. Lulus k. Darah aku hebat.

Doktor Huda cadangkan aku untuk buat check up kt BP, result dia boleh dihantar ke klinik dia and nnt dia explain if kita ada masalah. Aku prefer gitu. Kalau buat alone nnt sape nk explain bila dapat result. Better link dengan doktor.

In case you have no idea apa itu BP.


Bila result sampai pada Doktor Nurul Huda hari Isnin, time tu aku ada kat IPG so wakilkan mak ayah untuk ambil result kt klinik. Surprisingly, Doktor ckp aku sihat wala'fiat. Takde masalah apa-apa. Cuma kolestrol kurang katanya. Yang ni kepala aku tak dapat hadam sampai sekarang. Kurang? Tipu Tipu Tipu Tipu Tipu. Ha Ha. Mungkin oat dan teh hijau memang membantu. Eceh.

So conclusionnya:

Doktor: Syahirah, awak ni memang putih pucat. Takde masalah.


If ada yang nak check darah, basic RM50 full RM100 if I'm not mistaken. Aku buat yg basic. Boleh minta dengan doktor untuk bagi borang check darah kt BP terdekat. Boleh buat bayaran pada klinik or hari buat check up tu bayar kt BP terus. Take Care.

Monday 22 December 2014

Fresh Start

Assalamualaikum.

Ini adalah blog yang ke 501. Heh. Sebelum ni pernah create blog "ThrowMyHeartOut" yang mana motif utama blog tu adalah untuk membantu aku dengan my English Language proficiency. Blog tu bertahan selama 3 tahun. Lepas tu mula tak aktif blog. Maka ia ditinggal terbengkalai forever alone sorang-sorang. Ok. Habis cerita.

23.12.2014 is a New Chapter

A little bit of self-introduction. Dilahirkan pada 20hb Mac 1991 bersamaan 3 Ramadan di Hospital Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Berdarah Mandailing Lubis dan Siam Pattani, but I'm proudly claimed myself as a Mandailing sebab rare dan berhidung jambu air. Eheh Eheh. Syahirah adalah nama yang dipilih untuk menjadi nama dunia akhirat.

Currently sedang menunggu panggilan posting dari Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah sebelah barat Malaysia. Amin Amin Amin. Jangan dipertikailah kenapa mengapa dan sebagainya. Bermajor dalam Teaching English as a Second Language for Primary School Students dan berminorkan Language Arts dan Pendidikan Seni Visual.


Simple words to describe me:

Seorang Hantu Galah dari 2003 sampai sekarang


Rabun


Seni berakar di hati


Was cute


Currently a weirdo


Although dah 23 tahun, I still have this childish side of me yang keluar especially bila hang around orang-orang yang rapat. Walaupun generally orang luar nampak aku dingin, sombong dan pendiam. Pergh..Padu. Hanya orang-orang yang rapat akan nampak diri aku yang extrovert and weirdly goofy. Ulang suara hanya special people je dpt hadap perangai pelik aku. Bila cakap pasal perangai childish, ada macam-macam kan. Childish aku adalah aku suka tease orang yang rapat dengan aku. I think most primary school teachers akan ada this childish inner-self yang membantu interaksi dorang dengan budak-budak jadi more fun. Actually, bagus jugak kalau kita semua ada this childish inner-self yang fokus pada having fun and care-free. Alam orang dewasa terlalu stress. *sighGST*  Eh. Some people like me, some people don't. Kita tak boleh senangkan  hati semua orang. Hati kita ni Allah yang pegang. Till next time.