Sunday 20 September 2015

Day 10: Your Bucket List

Assalamualaikum


Bucket List :a number of experiences or achievements that a person hopes to have or accomplish during their lifetime.

I have put all my life-time bucket list on the right of this blog.

Tapi kan..actually..


Ahaks..


So here's my BUCKET LISTS:

1. TESL DEGREE    ( / )
Alhamdulillah dah selamat Konvo dan kerja almost a year now.



2. Ajis Si Kereta Merah   ( / )
Why nama dia Ajis? Eh Sukati lah.

3. Kucing Comel Gebus  (     )
Special mix-breed yg ada these any 3 breed look
- si pendek muchkin
- si telinga lipat scottish fold
- si bulu pendek kemas british short hair
However, special breed ni susah nak jaga. Again, let's go for local je lah. lol


Sado Mario ni tapi prefer yang kurang garang dari dia. Tak friendly langsung mamat nih.. 


4. Grad Naik Broomstick   ( / )
Flew high to the sky! Alhamdulillah. Hopefully boleh sambung Master lepas ni.. Tak tau nak sambung Arts or TESL or Pendidikan.



5. Bakal Suami Bestfriend    (     )
Complicated issue. Nak cari soulmate yang boleh have chemistry together. Amin. Doakan.


Yang faham keBIPOLARan aku. Lol.


Yang faham aku jenis laid-back, goofy, clumsy, and sensitive at times.


Yang faham tugas GURU itu bukan semudah yang masyarakat dan media canangkan.



Yang faham minat aku dalam SENI bukan sedikit.


Yang faham keADDICTan aku dengan COFFEE. Sekian.


6. Bawa family pergi Umrah
This will be my ultimate life goal. :) InshaAllah!

If you can deal with my family. I'll be gladly love you till forever. Lol. Small family with drama.


Day 9: Places you'd like to visit

Assalamualaikum



Day 9: Places you'd like to visit

A few places that I would like to visit ni ad yg achievable and ad yg tak mungkin achieve in my life. I would not know. Aku akan include jugak lah apa yg best kt Teluk Intan. Nama pekan kecil yg makin femes skrg. Not really. Ha. Ha. Ha.

Bali





Why? Because of the amazing scenery, the diverse culture, the food history and so many things to explore in Bali. Tak tau la bila dpt pegi Bali. *sigh*


But ekonomi gawat. If Bali seems too grand..I'll have a back up destination.

Langkawi. Go Local. Hahah..











Even my favourite view pun ada. Haha. Nampak tak kedekut tak kedekutnya aku ni..Sorry, bukan kedekut. Sedar diri. Precautions, Think Ahead. Haha. Daripada berhabis banyak duit utk travel baik lagi simpan untuk beli aset or home appliances. Malaysia dah banyak tourists spots. Why want to travel out if local pun tak habis explore. Right? Ok Bai.

Monday 7 September 2015

ARTS

Upload lagi arts yang dah berhabuk dalam arkib. Meh. Ada planning nak join ART MARKET in a few weeks. Hopefully boleh gain experience and have fun out of it.  











Holiday Lama Gila!

Holiday from blogging I mean. Lol. Jangan haraplah nak holiday ssssangat Teacher.




Was quite busy. Adapting. Understanding. Familiarizing. Hahah. Apa2 lah. Bila menghadap anak-anak buas, liar lagi banyak cekadak..Life can get a little bit stressful. 16 pupils boleh rasa macam 40 pupils to handle everyday. Argh. Penat tak hengat. Teacher yang biasa soft spoken dan tak kerut2 muka sekarang dan macam singaaa...Teacher Tomboy dah keluar. Korang yang mintak. Perangai bajet samseng kan.. Sekarang rasakan Teacher jadi Tomboy. Hambekk..Makan ubat korang sendiri!


Hopefully lps ni boleh kurang stressful. Aku kena belajar put less expectations kat budak2 ni.
Mungkin aku jadi culture shock, terkesima, jiwa tersentak, dumbfounded bila aku bagi latihan MENYALIN AYAT dari substitution table pun depa tak boleh buat. Perghh...Mcmna lah budak2 ni nak exam tahun depan. Memandangkan aku juga yang akan korg hadap. Memang kaw2 aku nak bagi latihan. Peel budak2 nih, pemalas tahap dewa. Bila malas, ayat ni keluar "Tak faham lah teacher.." Take note cecikgu. Kalau kali ke 5 ko dah terangkan direction latihan tu tapi still tak faham, percayalah. Itu trick depa taknak buat latihan..saja nak buang masa. Padahal kawan-kawan lain dah faham sampai boleh tunjuk kat depa contoh mcmna nak buat. See? Nampak tak permainan dorg?
Hahah..Aku dulu naive, pi teranglah sampai duduk sebelah buatkan contoh..last2 aku jawab separuh latihan tu. HAHAHA. damn kan. I know.

Sekarang, aku guna pakai ujian LINUS Tahun 3 untuk test reading competency budak2 Tahun 5 aku nih. Ada yg memang tak tahu membaca. Give up terus. "Teacher bagi je lah markah kosong." <<< Budak yang memang dah TAK MAHU belajar. Kesian tp dalam masa yang sama aku marah kat dia. Sebab? Bukan cikgu2 sekolah ni tak tolong dia. Dia sendiri tak mahu tolong diri sendiri. Perangai pun kurang ajar dengan cikgu2. Memang fed up lah cikgu2 kau nak tolong kau belajar. Adab dengan guru tu penting. Berkat ilmu tu moga boleh dibawa sampai bila-bila. Dtg sekolah fikir nak main je. Bila buat latihan sibuk mengacau kawan yang nak belajar. Sebab? Dia tak tahu/tak nak buat. Simple.

Dulu aku pernah talk one to one dengan dia. Memang dapat tahu pasal family background dia. However, itu bukan reason plg besar. Ada juga kawan lain dalam kelas dengan worse family background. Diorang pun tak bright. Tapi masih boleh jaga adab. Tahu bezakan baik buruk. Dah besar, boleh fikir apa yang baik dan tak. Usaha takde, niat takde..fikir nak jadi samseng je. Mengucap panjang aku bila fikir budak-budak ni. Aku cuba rutin sebelum mula kelas, baca doa dan mengucap. Paling mudah. Setting Niat. Itu pun ada yang tak tahu mengucap. Allah..sedih dan takut dalam masa yang sama.



Thursday 22 January 2015

Day 8: If you could have job in the world, what would it be?


Assalamualaikum



Day 8: If you could have job in the world, what would it be?


Lewl. Honestly, kalau aku tak consider real-life survival issues *sigh*, aku nak jadi artist. Yes, really. An artist. The painter. Boleh create art every day. Tapi, kalau ikut zaman aku dulu (zaman sekolah rendah lagi) aku dah ada cita-cita ni. My Mak just gave me a verbal slap to real life. HewHewHew. Betul lah ckp dia, zaman tu, artist memang tak boleh survive kt Malaysia, unless kau ready nak hidup susah and be happy creating arts semata-mata. Kartunis Lat is one of the Legend kt Malaysia yang menaikkan nama-nama local artist. Then, slowly local artists emerged as I went to sekolah menengah. Now, artist kat Malaysia gempak-gempak. Jealous meh. Face it Ira. They took the risk. You didn't. HaHaHaHa. *long sigh*

Moving On...

I should explain why right..Kawan-kawan aku ckp aku ada bakat melukis. 'Bakat' ni bagi aku merely adalah skill. Skill boleh improve depends on betapa rajinnya kita practice. *serious*


Platform bagi aku sebagai self-taught artist start masa darjah empat kot. Time tu dlm kelas 50 org murid. Aku duduk baris kedua dari belakang kelas, buku conteng bawah meja. *Paham-paham lah Markonah* Time tu, aku rajin gila ambil request art dari kawan-kawan. Zaman 90-an tu yang paling hot are Sailormoon, Power Rangers, Dragon Balls, Digimon, Pokemon, Princess Disney. Pantang orang minta lukiskan, cepat je aku buka buku conteng lukiskan untuk dorg. Time tu baru la belajar untuk emphasize certain part yg essential dlm karakter untuk bagi nampak mcm kartun tu kan..Ye la, sebab nak bagi 100% sama. Pfft! Memang tak lah...HaHaHa. You see, basic bagi beginner artist adalah imitation or peniruan. Orang ckp, imitation is the highest degree of flattery. Agreed. Bila org tiru kau, be proud man.. Sebab kau lah trend setter. Try tiru one simple drawing then proceed to more complicated one. Slowly, belajar sketch sendiri. Kalau kita jenis prefer belajar melalui visual, it will be easier. 



Aku imitate this one from drawing 'The White Peacock'.
The original artist buat drawing ni pakai media watercolour with brushes and everything.


Example of my finished imitation from another drawing.
Bezanya imitation aku, aku tambah lolipop and media pakai coloured pencils je.
Ingat lagi aku sibuk melukis art ni time praktikum. HaHaHa. Stress.


Another imitation from digital art 'Match Girl'.


The end result of my drawing. Still sangat rough.

Being an artist ni org kata, hidup in their own universe/dunia diorang sendiri. Betul. Orang seni mmg pemikiran dia lain sikit. Berdasarkan orang-orang yang aku pernah jumpa. Orang seni ni most of the time, jenis laid-back tp kalau betul-betul suka apa dia buat, boleh jadi perfectionist gila. Bagi aku personally, grade, pointers, lecturers and benda-benda formal bagi aku..Meh..Mcm benda-benda tak penting pun dlm hidup aku. As long as buat. Totally different from kawan-kawan aku yang pandang benda-benda tu as something huge. Benda hidup mati bagi diorang. Sampai stress-stress bagai. Ada yang tikam belakang kawan for grades! WTH. Come on people. Life is so much more than that. Bagi aku, benda-benda tu just persinggahan je. Just one small chapter dlm hidup. Sama lah mcm dpt A dalam karangan time sekolah Menengah. Happy lah dalam seminggu dua. The next month, who cares..Lewl. Since then, aku stop pressuring myself and focus on searching other things in life. Building myself. In terms of ilmu agama, drawing skills, music skills (which is in my case very limited. Tone Deaf kot. HaHa)



Friday 16 January 2015

Day 7: Views on religion

Assalamualaikum


Day 7: Views on religion

Basically, bagi aku, religion - agama  menetapkan garis panduan on how to live and prepare ourselves for hereafter. In Islam, we have rules and limitations in everything we do daily. Some may define our religion as being strict. Muslims see it as being wise. Everything has limits and Islam emphasize on being moderate. Bersederhana time makan, minum, pakaian, enjoy and etc. Imagine, enjoy melampau-lampau nnt lupa ibadah. Makan lebih-lebih undang penyakit. Pakai mahal-mahal sgt esok muflis. Islam put limit so that kita beringat.

Agama kita perlu dihormati. Kadang kita expect org agama lain je yg hormat agama kita pdhal kita sendiri tak hormat agama kita. Bnyk sgt bnda kita terlepas pandang. Kita lupa. Biasa. Manusia dan salah silap berpisah tiada. Salah silap/kegagalan/jatuh tersungkur bagi aku bukan the ending..ianya peluang utk belajar. 

K baiee...tak berani ckp bnyk psl agama. Awok ni bkn arif sgt hal agama. HewHew.






Monday 12 January 2015

Day 6: Top Five Pet Peeves


Assalamualaikum



Day 6: Top Five Pet Peeves

Ok apa itu Pet Peeves? Pet Peeves means something that a particular person finds especially annoying. Sesuatu yg kita rasa menyampah/jengkel/rimas/serabut/meghenyam sgt nak deal with. Pergh, kamus definisi 'sangat' awok ni. Ha Ha Ha.


Five Pet Peeves

1. Orang yang kuat bodek/puji
Tak perlu tengok jauh sgt kot. Tuding jari kat muka sendiri. Kadang-kadang kita ni nak ambil hati orang, puji lah skit nak sedapkan hati orang tu. Nak fit in kan. Kadang-kadang aku tgk kwn-kwn aku yg make effort nak ambil hati org dgn puji-puji melangit ni, rasa kesian ada, rasa nak stopkan dorg pun ada..Huhu. Malu ah. Tp penaip blog ni mmg payah nak puji orang sbb aku sendiri tak suka perasaan dipuji tu. So aku assume other people pun tak suka sgt dipuji. Ke salah? HewHew. Tapi, kalau aku kata hensem, kawan aku mesti nak tgk org yg aku ckp hensem tu sbb dorg ckp "Kalau Syira kata hensem mesti hensem betul sbb jarang dia nk puji." LOL. Bagi aku definisi hensem adalah Aaron Aziz (Macho-family man), Remy Ishak(Ya, sy tidak racist. haha) and Redza Minhat (dimple).

2. Kupas bawang kecil
This is especially time raya, nak buat rendang hitam. Warghh..Bawang kecil sampai seguni nak kupas, hiris halus, pastu goreng garing lagi. Semua utk perut Encik Syakir dan Encik Khuzaizi. Best lg siang ikan or potong daging walaupun bau 'semerbak'. Timing handle kerabat bawangs ni pulak time Takbir Raya..Syahdu ngaat..Menitis air mata tanpa rela. Hahah.

3. Orang selfish
Admit it. Kita semua pernah be selfish. Tp yang ni org yg most of the time kita interact dgn dia, kita antara word yg boleh buat describe dia adalah selfish. Means sifat tu sgt jelas dan nyata. Most selfish people yang aku kenal, tak sedar yang dorg being selfish. Ada juga yg dah tau apa salah diorang, tp decided utk buat derk je. Tak kisah orang nak ckp apa, they think they are in the right path. Selfish gila kan! Yuck, malas layan orang gini. Antara scene orang selfish yang aku pernah deal:
a. Dia rasa cara dia lah yg paling betul, sempurna. Dia akan kondem cara orang lain dan manipulasi org lain utk ikut cara diorang.
Cth: Makan roti dengan teh adalah betul. Makan roti dengan kopi adalah pelik.
b. Dia akan buat apa saja utk dapatkan apa yang dia nak, termasuklah mengsabotaj rakan-rakan sendiri. Cth: Burukkan rakan lain utk naikkan imej diri sendiri pada lecturer.
c. Takkan tolong/join if sesuatu benda tu tak concern/benefits diri diorang.
Cth: Baik dengan kawan-kawan, abaikan keluarga.
d. If ada kawan tgh susah, asal jgn susahkan diorang, diorang tak kisah.
Cth: Memilih nak tolong kawan, timbang tara kawan mana kawan yg lebih benefit diorang.

4. Handphone full memory
Handphone murah. Memory kecik je. Harap Maklooong. Bila awak nak pencen henpon? Sy nak henfon baru..Ha Ha.

5. Parents/Students yg mengada
Parents ada mcm2 jenis yg cikgu kena handle, bukan kata semua mengada. Masing2 ada perangai sndri.
Parents:
a. "Panggil I Datin, bukan Puan. Suami I Dato'. Don't ever touch my son ya.
b. "Mana Cikgu yang pukul anak saya tadi? Saya nak selesaikan dgn dia, cara lembut atau kasar."

Students:
a. Menjerit-jerit
b. Kuat mengadu
c. Tak buat homework
d. Kuat merajuk


Okay Baaiiieeee...

Isu: Fanatik K Pop

Assalamualaikum.

Mood nak membebel dah mai ni..Bukan nak kondem, sebagai peringatan buat aku sebagai perempuan dan untuk anak-anak perempuan aku kelak. Isu ni tak boleh di pandang sebelah mata sebab anak gadis Malaysia dah mula melanggar batas sebagai seorang perempuan dan seorang Muslim.

Semalam tgk video yg tgh viral. Hati aku sebak, sedih sgt lps tgk anak-anak gadis kita merelakan diri disentuh dan dipeluk oleh artis Korea. Generally, aku rasa most Malaysian tahu dalam Islam, bersentuhan yang bukan mahram itu haram. Haram bermaksud berdosa. Lebih berdosa dari I want to touch a dog tu dik! Tersentuh anjing masih boleh disamak.

I am not an anti K Pop, believe me. Aku lebih senior when it comes to K Pop. I used to like SHINee (Minho especially and u know why), BIGBANG (msa zmn dorg tak femes mcm skrg) and 2 PM. Then slowly, minat aku pd boy group and girl group berkurangan. Aku beralih kpd rancangan realiti TV Korea especially Runningman, Hello Counselor, Roomate, and The Return of Superman which I think lebih best. Aku faham, bila kita remaja. It is normal utk girls ada idols yang diorang puja. Nothing is wrong in that. Tapi, apa-apa pun bila dilakukan secara berlebihan or over akan jd negatif.




These..How can you let them touch you? How can you said yes at the first place?
I do not put the whole blame pada the artists. They might not be so familiar of Islam and the boundaries. I would blame it on the organiser and the girls themselves.

1. The organiser perlu sedar yang Malaysia ni multicultural country. With various religion. If you're a Malaysian dear organiser, you should've known that religion is a very sensitive issue here. You should put that into consideration. You may have asked the girls if it is okay for the artists to touch them but bare in mind, bila people are too obsess over something, even a 50 years old woman cannot think straight. My opinion, do not let the artist include fan service yg begini at the first place. Boleh buat game or any fan appreciation yg tak perlu fizikal contact. Capiche?





2. The girls who may have been brought up as Muslims should be firm with themselves. After issue I want to touch a dog, aku dah tak terkejut sgt bila gadis berhijab do outrageous things like this. Macam orang cakaplah, do not judge a book by its cover. I just hope yang ini tak jadi stigma utk rakyat Malaysia. Stigma that says "Nampak mcm Islam tp taklah Islam sgt"




Of course akan ada yang sokong the girls
My first thoughts when people blurt out these comment:

"Alah diorang buat salah sikit je."
Sikit? Define sikit for me please..Sikit for me is adoring the idols in front of your laptop. Tampal poster dalam bilik dan say "Goodnight Oppa!" Beli original CD dorg ratus-ratus ringgit. Go to their event to support them. Fine. These adalah the limits pada aku.."Membiarkan lelaki bukan mahram memeluk kita adalah slh sikit" bagi aku adalah statement yang salah. Sorry tp kita dah terlalu lama membiarkan je dan 'bersangka baik' utk semua benda..let things slide every single time. Now bila worst nightmares actually came up. Still nak ignore? No. Itu salah. Kita pun akan dipersoalkan esok, esok I mean akhirat. Kita share and discuss about this dikatakan menambah aib diorang? Yes. It is. Aku berdosa sbb antara orang yang share benda ni. But if no one makes this a big deal, we should be worried. It means no one gives a damn about our future. Think. Main focus kita bukan nak aibkan. Kita nak Malaysian buka mata luas-luas dan sedar yang masa depan kita, generasi kita dah lain. Ada lagi antara kita tak tahu batas pergaulan dalam Islam. Kita kena ubah mentaliti takut nak aibkan orang tu. Sama macam situasi kat sekolah, bila anak buat salah, mak bapak mengamuk sebab cikgu marah anak. Dah tu kalau tak dimarah or ditegur, apa jadi pada anak tu? Diajar tapi tak dididik. Bila besar dh rosak, jari saling tuding. Elok. Bahagia forever after.

"Eleh, korang ni benda ni pun nak kecoh. Biasalah semua orang buat salah."
Yes, semua orang buat salah. Kita bukan malaikat. Tapi bila salah, kita patut adress yang benda tu salah. Kalau kita tak acknowledge apa salah dan apa yang tak salah. Orang lain akan fikir "Oh, so it is okay for Muslim to do this. It's not a big deal." Tolong lah. Setiap masyarakat ada norma dan budaya sendiri. Takkan lah semata-mata utk follow trend people or di acknowledge to be sporting, open-minded and tak extremist, kita kena ikut budaya orang lain? Semua benda ada limitations. People tak hormat awak sebab awak follow the flow. People hormat awak bila awak ada pendirian.

"Macam korang tak pernah peluk girlfriend/boyfriend korang? Fakers."
Tak semua orang pernah peluk gf/bf diorg dimwit. Even if ada yang pernah, is okay to publicly show yg it is okay to do it? Even peluk sentuh bf/gf korg tu korg sedar berdosa kan? Yg peluk sentuh gf/bf tu pun buat sorok-sorok kan? Kenapa sorok-sorok kalau okay? Sebab sedar benda tu salah kan? Case closed.

"Skali sekala dorg dtg..bukan selalu."
So sekali sekala apa salah berdosa is it? *tgn kat bahu* Tak relevant Sir. Takkan kita nak follow their flow just because diorang jarang datang sini. No. Kita datang negara orang, kita patut follow cara budaya masyarakat situ but still adhere to our religion. Runningman pun jarang datang Malaysia. They know their limits.

"Extreme la korg ni"
To what extend yg kita boleh dikategorikan sebagai extremist? If menegur itu pun dah dikatakan extremist, apatah lagi ustaz/ustazah yg bg ceramah. Bila kita dah suka, hilang pertimbangan, kabur pandangan sebab hati dh berbolak balik. Kita bercakap tentang larangan paling basic dan paling jelas dalam Islam. Aurat, ikhtilat dan sifat malu sebagai seorang perempuan. Tidak ada isu being an extremist. Ini benda basic yg jadi ajaran dari kecil. Bukan benda yg terlalu deep utk dikatakan extremist. Kalau benda ni dh mula dipandang enteng. Tidak ada beza Islam dan agama lain.



Dear girls,
Despite of whatever happens, benda dah jadi. Please be careful in future. Orang takkan nak marah saja-saja. Orang lain marah sebab risaukan awak, risaukan masa depan dan Islam di Malaysia. Bila adik-adik kecil tengok kelakuan awak, jika tidak ada yang marah kelakuan awak tu. Adik-adik tu akan ingat kelakuan awak tu okay. Akak-akak tu buat takpe, so takpe lah kalau kita nak peluk artis? Kita tak mahu larangan dalam Islam ni diambil mudah kerana itu yang dapat menjaga kita orang perempuan dari diambil kesempatan. Islam dah letak garis merah dalam hal ni. Let us all take extra care. Kalau kita belum berkahwin, dosa kita equally share pada mak ayah and sedara lelaki. If dah kahwin nanti, suami pula share dosa. Berat bahu kiri diorang. Kesian kat diorang. Kubur memang masing-masing tp yg nak mandikan awk, kapankan awk, dan uruskan jenazah awk adalah this very society. Malaysian mungkin nampak busybody pada sesetengah pihak tapi it shows yang kita ambil tahu. Jangan tak ambil tahu langsung. Punah society.





P/S: Kita doa selalu moga anak-anak kita akan datang, Allah jaga sentiasa. InshaAllah. Sad and scary future.