Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Sunday, 20 September 2015

Day 10: Your Bucket List

Assalamualaikum


Bucket List :a number of experiences or achievements that a person hopes to have or accomplish during their lifetime.

I have put all my life-time bucket list on the right of this blog.

Tapi kan..actually..


Ahaks..


So here's my BUCKET LISTS:

1. TESL DEGREE    ( / )
Alhamdulillah dah selamat Konvo dan kerja almost a year now.



2. Ajis Si Kereta Merah   ( / )
Why nama dia Ajis? Eh Sukati lah.

3. Kucing Comel Gebus  (     )
Special mix-breed yg ada these any 3 breed look
- si pendek muchkin
- si telinga lipat scottish fold
- si bulu pendek kemas british short hair
However, special breed ni susah nak jaga. Again, let's go for local je lah. lol


Sado Mario ni tapi prefer yang kurang garang dari dia. Tak friendly langsung mamat nih.. 


4. Grad Naik Broomstick   ( / )
Flew high to the sky! Alhamdulillah. Hopefully boleh sambung Master lepas ni.. Tak tau nak sambung Arts or TESL or Pendidikan.



5. Bakal Suami Bestfriend    (     )
Complicated issue. Nak cari soulmate yang boleh have chemistry together. Amin. Doakan.


Yang faham keBIPOLARan aku. Lol.


Yang faham aku jenis laid-back, goofy, clumsy, and sensitive at times.


Yang faham tugas GURU itu bukan semudah yang masyarakat dan media canangkan.



Yang faham minat aku dalam SENI bukan sedikit.


Yang faham keADDICTan aku dengan COFFEE. Sekian.


6. Bawa family pergi Umrah
This will be my ultimate life goal. :) InshaAllah!

If you can deal with my family. I'll be gladly love you till forever. Lol. Small family with drama.


Day 9: Places you'd like to visit

Assalamualaikum



Day 9: Places you'd like to visit

A few places that I would like to visit ni ad yg achievable and ad yg tak mungkin achieve in my life. I would not know. Aku akan include jugak lah apa yg best kt Teluk Intan. Nama pekan kecil yg makin femes skrg. Not really. Ha. Ha. Ha.

Bali





Why? Because of the amazing scenery, the diverse culture, the food history and so many things to explore in Bali. Tak tau la bila dpt pegi Bali. *sigh*


But ekonomi gawat. If Bali seems too grand..I'll have a back up destination.

Langkawi. Go Local. Hahah..











Even my favourite view pun ada. Haha. Nampak tak kedekut tak kedekutnya aku ni..Sorry, bukan kedekut. Sedar diri. Precautions, Think Ahead. Haha. Daripada berhabis banyak duit utk travel baik lagi simpan untuk beli aset or home appliances. Malaysia dah banyak tourists spots. Why want to travel out if local pun tak habis explore. Right? Ok Bai.

Monday, 7 September 2015

ARTS

Upload lagi arts yang dah berhabuk dalam arkib. Meh. Ada planning nak join ART MARKET in a few weeks. Hopefully boleh gain experience and have fun out of it.  











Holiday Lama Gila!

Holiday from blogging I mean. Lol. Jangan haraplah nak holiday ssssangat Teacher.




Was quite busy. Adapting. Understanding. Familiarizing. Hahah. Apa2 lah. Bila menghadap anak-anak buas, liar lagi banyak cekadak..Life can get a little bit stressful. 16 pupils boleh rasa macam 40 pupils to handle everyday. Argh. Penat tak hengat. Teacher yang biasa soft spoken dan tak kerut2 muka sekarang dan macam singaaa...Teacher Tomboy dah keluar. Korang yang mintak. Perangai bajet samseng kan.. Sekarang rasakan Teacher jadi Tomboy. Hambekk..Makan ubat korang sendiri!


Hopefully lps ni boleh kurang stressful. Aku kena belajar put less expectations kat budak2 ni.
Mungkin aku jadi culture shock, terkesima, jiwa tersentak, dumbfounded bila aku bagi latihan MENYALIN AYAT dari substitution table pun depa tak boleh buat. Perghh...Mcmna lah budak2 ni nak exam tahun depan. Memandangkan aku juga yang akan korg hadap. Memang kaw2 aku nak bagi latihan. Peel budak2 nih, pemalas tahap dewa. Bila malas, ayat ni keluar "Tak faham lah teacher.." Take note cecikgu. Kalau kali ke 5 ko dah terangkan direction latihan tu tapi still tak faham, percayalah. Itu trick depa taknak buat latihan..saja nak buang masa. Padahal kawan-kawan lain dah faham sampai boleh tunjuk kat depa contoh mcmna nak buat. See? Nampak tak permainan dorg?
Hahah..Aku dulu naive, pi teranglah sampai duduk sebelah buatkan contoh..last2 aku jawab separuh latihan tu. HAHAHA. damn kan. I know.

Sekarang, aku guna pakai ujian LINUS Tahun 3 untuk test reading competency budak2 Tahun 5 aku nih. Ada yg memang tak tahu membaca. Give up terus. "Teacher bagi je lah markah kosong." <<< Budak yang memang dah TAK MAHU belajar. Kesian tp dalam masa yang sama aku marah kat dia. Sebab? Bukan cikgu2 sekolah ni tak tolong dia. Dia sendiri tak mahu tolong diri sendiri. Perangai pun kurang ajar dengan cikgu2. Memang fed up lah cikgu2 kau nak tolong kau belajar. Adab dengan guru tu penting. Berkat ilmu tu moga boleh dibawa sampai bila-bila. Dtg sekolah fikir nak main je. Bila buat latihan sibuk mengacau kawan yang nak belajar. Sebab? Dia tak tahu/tak nak buat. Simple.

Dulu aku pernah talk one to one dengan dia. Memang dapat tahu pasal family background dia. However, itu bukan reason plg besar. Ada juga kawan lain dalam kelas dengan worse family background. Diorang pun tak bright. Tapi masih boleh jaga adab. Tahu bezakan baik buruk. Dah besar, boleh fikir apa yang baik dan tak. Usaha takde, niat takde..fikir nak jadi samseng je. Mengucap panjang aku bila fikir budak-budak ni. Aku cuba rutin sebelum mula kelas, baca doa dan mengucap. Paling mudah. Setting Niat. Itu pun ada yang tak tahu mengucap. Allah..sedih dan takut dalam masa yang sama.



Monday, 12 January 2015

Isu: Fanatik K Pop

Assalamualaikum.

Mood nak membebel dah mai ni..Bukan nak kondem, sebagai peringatan buat aku sebagai perempuan dan untuk anak-anak perempuan aku kelak. Isu ni tak boleh di pandang sebelah mata sebab anak gadis Malaysia dah mula melanggar batas sebagai seorang perempuan dan seorang Muslim.

Semalam tgk video yg tgh viral. Hati aku sebak, sedih sgt lps tgk anak-anak gadis kita merelakan diri disentuh dan dipeluk oleh artis Korea. Generally, aku rasa most Malaysian tahu dalam Islam, bersentuhan yang bukan mahram itu haram. Haram bermaksud berdosa. Lebih berdosa dari I want to touch a dog tu dik! Tersentuh anjing masih boleh disamak.

I am not an anti K Pop, believe me. Aku lebih senior when it comes to K Pop. I used to like SHINee (Minho especially and u know why), BIGBANG (msa zmn dorg tak femes mcm skrg) and 2 PM. Then slowly, minat aku pd boy group and girl group berkurangan. Aku beralih kpd rancangan realiti TV Korea especially Runningman, Hello Counselor, Roomate, and The Return of Superman which I think lebih best. Aku faham, bila kita remaja. It is normal utk girls ada idols yang diorang puja. Nothing is wrong in that. Tapi, apa-apa pun bila dilakukan secara berlebihan or over akan jd negatif.




These..How can you let them touch you? How can you said yes at the first place?
I do not put the whole blame pada the artists. They might not be so familiar of Islam and the boundaries. I would blame it on the organiser and the girls themselves.

1. The organiser perlu sedar yang Malaysia ni multicultural country. With various religion. If you're a Malaysian dear organiser, you should've known that religion is a very sensitive issue here. You should put that into consideration. You may have asked the girls if it is okay for the artists to touch them but bare in mind, bila people are too obsess over something, even a 50 years old woman cannot think straight. My opinion, do not let the artist include fan service yg begini at the first place. Boleh buat game or any fan appreciation yg tak perlu fizikal contact. Capiche?





2. The girls who may have been brought up as Muslims should be firm with themselves. After issue I want to touch a dog, aku dah tak terkejut sgt bila gadis berhijab do outrageous things like this. Macam orang cakaplah, do not judge a book by its cover. I just hope yang ini tak jadi stigma utk rakyat Malaysia. Stigma that says "Nampak mcm Islam tp taklah Islam sgt"




Of course akan ada yang sokong the girls
My first thoughts when people blurt out these comment:

"Alah diorang buat salah sikit je."
Sikit? Define sikit for me please..Sikit for me is adoring the idols in front of your laptop. Tampal poster dalam bilik dan say "Goodnight Oppa!" Beli original CD dorg ratus-ratus ringgit. Go to their event to support them. Fine. These adalah the limits pada aku.."Membiarkan lelaki bukan mahram memeluk kita adalah slh sikit" bagi aku adalah statement yang salah. Sorry tp kita dah terlalu lama membiarkan je dan 'bersangka baik' utk semua benda..let things slide every single time. Now bila worst nightmares actually came up. Still nak ignore? No. Itu salah. Kita pun akan dipersoalkan esok, esok I mean akhirat. Kita share and discuss about this dikatakan menambah aib diorang? Yes. It is. Aku berdosa sbb antara orang yang share benda ni. But if no one makes this a big deal, we should be worried. It means no one gives a damn about our future. Think. Main focus kita bukan nak aibkan. Kita nak Malaysian buka mata luas-luas dan sedar yang masa depan kita, generasi kita dah lain. Ada lagi antara kita tak tahu batas pergaulan dalam Islam. Kita kena ubah mentaliti takut nak aibkan orang tu. Sama macam situasi kat sekolah, bila anak buat salah, mak bapak mengamuk sebab cikgu marah anak. Dah tu kalau tak dimarah or ditegur, apa jadi pada anak tu? Diajar tapi tak dididik. Bila besar dh rosak, jari saling tuding. Elok. Bahagia forever after.

"Eleh, korang ni benda ni pun nak kecoh. Biasalah semua orang buat salah."
Yes, semua orang buat salah. Kita bukan malaikat. Tapi bila salah, kita patut adress yang benda tu salah. Kalau kita tak acknowledge apa salah dan apa yang tak salah. Orang lain akan fikir "Oh, so it is okay for Muslim to do this. It's not a big deal." Tolong lah. Setiap masyarakat ada norma dan budaya sendiri. Takkan lah semata-mata utk follow trend people or di acknowledge to be sporting, open-minded and tak extremist, kita kena ikut budaya orang lain? Semua benda ada limitations. People tak hormat awak sebab awak follow the flow. People hormat awak bila awak ada pendirian.

"Macam korang tak pernah peluk girlfriend/boyfriend korang? Fakers."
Tak semua orang pernah peluk gf/bf diorg dimwit. Even if ada yang pernah, is okay to publicly show yg it is okay to do it? Even peluk sentuh bf/gf korg tu korg sedar berdosa kan? Yg peluk sentuh gf/bf tu pun buat sorok-sorok kan? Kenapa sorok-sorok kalau okay? Sebab sedar benda tu salah kan? Case closed.

"Skali sekala dorg dtg..bukan selalu."
So sekali sekala apa salah berdosa is it? *tgn kat bahu* Tak relevant Sir. Takkan kita nak follow their flow just because diorang jarang datang sini. No. Kita datang negara orang, kita patut follow cara budaya masyarakat situ but still adhere to our religion. Runningman pun jarang datang Malaysia. They know their limits.

"Extreme la korg ni"
To what extend yg kita boleh dikategorikan sebagai extremist? If menegur itu pun dah dikatakan extremist, apatah lagi ustaz/ustazah yg bg ceramah. Bila kita dah suka, hilang pertimbangan, kabur pandangan sebab hati dh berbolak balik. Kita bercakap tentang larangan paling basic dan paling jelas dalam Islam. Aurat, ikhtilat dan sifat malu sebagai seorang perempuan. Tidak ada isu being an extremist. Ini benda basic yg jadi ajaran dari kecil. Bukan benda yg terlalu deep utk dikatakan extremist. Kalau benda ni dh mula dipandang enteng. Tidak ada beza Islam dan agama lain.



Dear girls,
Despite of whatever happens, benda dah jadi. Please be careful in future. Orang takkan nak marah saja-saja. Orang lain marah sebab risaukan awak, risaukan masa depan dan Islam di Malaysia. Bila adik-adik kecil tengok kelakuan awak, jika tidak ada yang marah kelakuan awak tu. Adik-adik tu akan ingat kelakuan awak tu okay. Akak-akak tu buat takpe, so takpe lah kalau kita nak peluk artis? Kita tak mahu larangan dalam Islam ni diambil mudah kerana itu yang dapat menjaga kita orang perempuan dari diambil kesempatan. Islam dah letak garis merah dalam hal ni. Let us all take extra care. Kalau kita belum berkahwin, dosa kita equally share pada mak ayah and sedara lelaki. If dah kahwin nanti, suami pula share dosa. Berat bahu kiri diorang. Kesian kat diorang. Kubur memang masing-masing tp yg nak mandikan awk, kapankan awk, dan uruskan jenazah awk adalah this very society. Malaysian mungkin nampak busybody pada sesetengah pihak tapi it shows yang kita ambil tahu. Jangan tak ambil tahu langsung. Punah society.





P/S: Kita doa selalu moga anak-anak kita akan datang, Allah jaga sentiasa. InshaAllah. Sad and scary future.

Friday, 9 January 2015

Day 5: Your day in great detail

Assalamualaikum


Day 5: Your day in great detail

My day in great detail huh? In one word pun boleh - bosan. HewHewHew. Tipikal hari-hari bakal guru yang menunggu waktu posting lah sayang.

5.30pagi - Bangun mandi
6.00pagi - Solat subuh
7.00pagi - Sapu depan rumah/Siram pokok
8.00pagi - Breakfast
Pagi tadi buat susu segelas, makan 2 roti wholewheat gardenia yang diletakkan keju kt tgh and aku fry kejap. Tiba-tiba time makan ada serangga masuk dlm susu. Aku berang. Geram. Terus buat kopi segelas sebab geram kat serangga yang mati lemas tu. Ape kaitan? Mmg takde. Alasan je nak minum kopi. Eheh.
9.00pagi - Kemas rumah
Ayah busy lately sebab uruskan mangsa-mangsa banjir dr Kampung Gajah. Semalam, banjir mula naik ke Selabak. Tambah lagi kerjanye. So buat kerja kat ruang tamu sampai tidur situ. So ruang tamu tu pun..hm..macam tu.. Ha Ha Ha.
10.00pagi - Mula lepak dapur.
Pasang radio hot.fm. Dengar celoteh AM Crew cm biase. Prepare bahan nak masak Ikan masak taucu dengan sambal telur. Ambil portion sikit je sebab prepare utk parents. Aku? Tak makan. Diet. Lah. Sangat. Ha Ha Ha.

                HashtagTaucuOpahNur          

                       HashtagTerbaaaiikk

Ape?? Baked Beans?? Hm..elok. Memang Baked Beans 'sangat' dekk..Nama dia taucu. Sedap! Bagi aku, taucu antara lauk yang aku suka tapi budak-budak sekarang mana suka makan lauk taucu. Taste berubah ikut zaman I guess. Feeling tua sangat kan. Ha Ha Ha. Kesian Acik Midah aku yang berniaga depan IPG Ipoh, dia kata budak-budak sekarang tak layan taucu dah..so dia tukar lauk lain. Aku punya lah mencari lauk taucu kat kedai Acik Midah. *Bummer*
11.00pagi - Masak
Mak aku yang suka sangat lauk taucu. Ayah aku cakap tak suka. Ulang suara. Ayah aku cakap tak suka.
12.30tghari - Mak ayah balik

             HashtagTakSukaMakanTaucuKatanya

1.30ptg - Solat
2.00ptg - Tengok TV
4.00ptg - Cycling
5.00ptg - Solat and mengaji
5.30ptg - Sambung Cycling
7.00mlm - Prepare solat
8.00mlm - Makan biskut Jacobs Hi-Iron 7 keping dengan susu segelas.
8.30mlm - Sesi mengurut mak
10.00mlm - Maharaja Lawak Mega.
As I'm typing right now, tergelak-gelak tengok Shiro. Ha Ha Ha. Tema minggu ni Seram. Kalau ikut konsisten, aku suka Zero tapi Shiro, Sepahtu dan Bocey selalu come back dengan performance yg lebih win! Tak kisah lah sape menang, enjoy the performance je lah..


P/S: Jalor please sedar yang korang memang tak perform. Juri tak boleh ada favouritism. Tak timbul isu suka or not. Tak timbul juga isu if korg abaikan anak isteri kat rumah sebab itu falls kpd time management korg. Dan ini komitmen korg pada pertandingan. So, jgn lah sentap bila kalah. Adat pertandingan. Cuba lah lagi.

Monday, 5 January 2015

Day 3: Ten likes and dislikes

Assalamualaikum


Day 3: Ten likes and dislikes

Likes
1. Family and kucing
2. Seni dan budaya
3. Urut orang especially mak *pelanggan tetap*
4. Kanak-kanak especially yang beradab dan petah *rasa nak peluk*
5. Yogurt and green tea - prefer natural dr yang berperisa
6. Orang-orang yang rendah diri, kelakar dan tak diskriminasi
7. Suka mengemas bila marah tp aura membunuh tu kuat gila
8. Suka melawat historical places or nature - Nerd gila. hahaha
9. Suka reality TV/documentaries berbanding drama - Fav Astro channel: 732, 555, 571, 703, 392
10. Bagi nyamuk hisap darah sampai dia gemuk lepas tu - Papp! *Percikan Darah*

Dislikes
1. Tempat sesak/ramai orang
2. Rude, Assabiah, Super Saiya and dramatic people
3. Lipas, Lipan, and Scorpion.
4. Orang semakkan ruang tamu especially lepas kemas! *Mmg mintak kena bebel*
5. Bawang putih yang dihentak dlm masakan - Erghh..Yuck
6. Musim hujan - sejuk!
7. Ulat putih2 yg makan pokok tu. Rupa mcm kapas kecik2 - nth apa nama dia. Kesian pokok aku!
8. Rambutan, Laici, Mata kucing - bukan lah tak mkn langsung tp kalau ada pilihan, takkan pilih mereka.
9. Chocolate - Esp dark chocolate (very healthy tp pahit sgt) and white chocolate (not healthy - manis sgt)
10. Bila orang puji. Sebab aku ada masalah dgn diri aku. Result psychology test aku - Kritik Diri 70%



Kritik Diri

Selalu nampak diri aku worthless, tak layak for anything, weak, and apa2 saje yang negatif lah. Aku jd optimis when it comes to other people, orang lain tu cantik, lebih baik, lebih pandai and lebih serba serbi. Tp aku akan pandang rendah pada diri aku. Memang dah lama aku hadap isu ni.

Orang kata senang "Jangan lah pandang rendah sgt diri kau!"

Apa aku boleh buat kalau aku tak boleh ubah statement "I'm worthless" dalam kepala aku? Jadi aku cuma mampu senyum bila kawan-kawan nasihat gitu. Aku cuba, every day. Slowly utk explore potentials aku so aku boleh bagi sebab pada diri aku yang aku lebih baik dari apa yang aku fikirkan. Surprisingly, if aku REALLY nak something, aku akan WORK REALLY HARD for it. Tanyalah kawan-kawan aku, when it comes to SENI, bersungguh tak ingat dunia. Hahah.

However, dikutuk or tak dipuji langsung tak buat aku rasa better. Make it worse ada lah. Ha Ha Ha. Puji boleh, cuma jangan lah ambil hati kalau aku tak bagi reaksi yang baik sebab aku jarang dipuji and tak pandai react to pujian. Same goes to SURPRISE, aku tak pandai react to surprise. Rupa aku mcm pokerface/terkesima gitu. Hew Hew Hew.

Rindu Anak-anak Angkat!

Assalamualaikum

Berita posting penempatan ke sekolah-sekolah dah start since KPM kluarkan penempatan utk SJKC di selangor. While waiting for my turn, teringat balik time praktikum kat sekolah-sekolah dlu. Sekaligus teringat juga lah anak-anak angkat sebelum ni..hehe.. Teacher rindu.. jiwa-jiwa suci..





My word of wisdom for the kids : "Tidak ada apa yang kekal..setiap perkara dan masa akan sentiasa bergerak dan berubah-ubah. Hari ini kita berjumpa, esok lusa kita berpisah." Moga saat persinggahan teacher dalam hidup kalian dapat membawa makna dalam hidup kita bersama. Yang pasti, teacher sayang kalian dan always doa yang kalian membesar menjadi anak yang baik. Itu yang penting, grade dan pencapaian mungkin menetapkan status kalian dalam masyarakat tapi akhlak yang baik tu yang membawa kalian ke syurga yang kekal. Take care children!

P/S: Berdebar tunggu result posting!