Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, 20 September 2015

Day 10: Your Bucket List

Assalamualaikum


Bucket List :a number of experiences or achievements that a person hopes to have or accomplish during their lifetime.

I have put all my life-time bucket list on the right of this blog.

Tapi kan..actually..


Ahaks..


So here's my BUCKET LISTS:

1. TESL DEGREE    ( / )
Alhamdulillah dah selamat Konvo dan kerja almost a year now.



2. Ajis Si Kereta Merah   ( / )
Why nama dia Ajis? Eh Sukati lah.

3. Kucing Comel Gebus  (     )
Special mix-breed yg ada these any 3 breed look
- si pendek muchkin
- si telinga lipat scottish fold
- si bulu pendek kemas british short hair
However, special breed ni susah nak jaga. Again, let's go for local je lah. lol


Sado Mario ni tapi prefer yang kurang garang dari dia. Tak friendly langsung mamat nih.. 


4. Grad Naik Broomstick   ( / )
Flew high to the sky! Alhamdulillah. Hopefully boleh sambung Master lepas ni.. Tak tau nak sambung Arts or TESL or Pendidikan.



5. Bakal Suami Bestfriend    (     )
Complicated issue. Nak cari soulmate yang boleh have chemistry together. Amin. Doakan.


Yang faham keBIPOLARan aku. Lol.


Yang faham aku jenis laid-back, goofy, clumsy, and sensitive at times.


Yang faham tugas GURU itu bukan semudah yang masyarakat dan media canangkan.



Yang faham minat aku dalam SENI bukan sedikit.


Yang faham keADDICTan aku dengan COFFEE. Sekian.


6. Bawa family pergi Umrah
This will be my ultimate life goal. :) InshaAllah!

If you can deal with my family. I'll be gladly love you till forever. Lol. Small family with drama.


Day 9: Places you'd like to visit

Assalamualaikum



Day 9: Places you'd like to visit

A few places that I would like to visit ni ad yg achievable and ad yg tak mungkin achieve in my life. I would not know. Aku akan include jugak lah apa yg best kt Teluk Intan. Nama pekan kecil yg makin femes skrg. Not really. Ha. Ha. Ha.

Bali





Why? Because of the amazing scenery, the diverse culture, the food history and so many things to explore in Bali. Tak tau la bila dpt pegi Bali. *sigh*


But ekonomi gawat. If Bali seems too grand..I'll have a back up destination.

Langkawi. Go Local. Hahah..











Even my favourite view pun ada. Haha. Nampak tak kedekut tak kedekutnya aku ni..Sorry, bukan kedekut. Sedar diri. Precautions, Think Ahead. Haha. Daripada berhabis banyak duit utk travel baik lagi simpan untuk beli aset or home appliances. Malaysia dah banyak tourists spots. Why want to travel out if local pun tak habis explore. Right? Ok Bai.

Monday, 7 September 2015

Holiday Lama Gila!

Holiday from blogging I mean. Lol. Jangan haraplah nak holiday ssssangat Teacher.




Was quite busy. Adapting. Understanding. Familiarizing. Hahah. Apa2 lah. Bila menghadap anak-anak buas, liar lagi banyak cekadak..Life can get a little bit stressful. 16 pupils boleh rasa macam 40 pupils to handle everyday. Argh. Penat tak hengat. Teacher yang biasa soft spoken dan tak kerut2 muka sekarang dan macam singaaa...Teacher Tomboy dah keluar. Korang yang mintak. Perangai bajet samseng kan.. Sekarang rasakan Teacher jadi Tomboy. Hambekk..Makan ubat korang sendiri!


Hopefully lps ni boleh kurang stressful. Aku kena belajar put less expectations kat budak2 ni.
Mungkin aku jadi culture shock, terkesima, jiwa tersentak, dumbfounded bila aku bagi latihan MENYALIN AYAT dari substitution table pun depa tak boleh buat. Perghh...Mcmna lah budak2 ni nak exam tahun depan. Memandangkan aku juga yang akan korg hadap. Memang kaw2 aku nak bagi latihan. Peel budak2 nih, pemalas tahap dewa. Bila malas, ayat ni keluar "Tak faham lah teacher.." Take note cecikgu. Kalau kali ke 5 ko dah terangkan direction latihan tu tapi still tak faham, percayalah. Itu trick depa taknak buat latihan..saja nak buang masa. Padahal kawan-kawan lain dah faham sampai boleh tunjuk kat depa contoh mcmna nak buat. See? Nampak tak permainan dorg?
Hahah..Aku dulu naive, pi teranglah sampai duduk sebelah buatkan contoh..last2 aku jawab separuh latihan tu. HAHAHA. damn kan. I know.

Sekarang, aku guna pakai ujian LINUS Tahun 3 untuk test reading competency budak2 Tahun 5 aku nih. Ada yg memang tak tahu membaca. Give up terus. "Teacher bagi je lah markah kosong." <<< Budak yang memang dah TAK MAHU belajar. Kesian tp dalam masa yang sama aku marah kat dia. Sebab? Bukan cikgu2 sekolah ni tak tolong dia. Dia sendiri tak mahu tolong diri sendiri. Perangai pun kurang ajar dengan cikgu2. Memang fed up lah cikgu2 kau nak tolong kau belajar. Adab dengan guru tu penting. Berkat ilmu tu moga boleh dibawa sampai bila-bila. Dtg sekolah fikir nak main je. Bila buat latihan sibuk mengacau kawan yang nak belajar. Sebab? Dia tak tahu/tak nak buat. Simple.

Dulu aku pernah talk one to one dengan dia. Memang dapat tahu pasal family background dia. However, itu bukan reason plg besar. Ada juga kawan lain dalam kelas dengan worse family background. Diorang pun tak bright. Tapi masih boleh jaga adab. Tahu bezakan baik buruk. Dah besar, boleh fikir apa yang baik dan tak. Usaha takde, niat takde..fikir nak jadi samseng je. Mengucap panjang aku bila fikir budak-budak ni. Aku cuba rutin sebelum mula kelas, baca doa dan mengucap. Paling mudah. Setting Niat. Itu pun ada yang tak tahu mengucap. Allah..sedih dan takut dalam masa yang sama.



Friday, 16 January 2015

Day 7: Views on religion

Assalamualaikum


Day 7: Views on religion

Basically, bagi aku, religion - agama  menetapkan garis panduan on how to live and prepare ourselves for hereafter. In Islam, we have rules and limitations in everything we do daily. Some may define our religion as being strict. Muslims see it as being wise. Everything has limits and Islam emphasize on being moderate. Bersederhana time makan, minum, pakaian, enjoy and etc. Imagine, enjoy melampau-lampau nnt lupa ibadah. Makan lebih-lebih undang penyakit. Pakai mahal-mahal sgt esok muflis. Islam put limit so that kita beringat.

Agama kita perlu dihormati. Kadang kita expect org agama lain je yg hormat agama kita pdhal kita sendiri tak hormat agama kita. Bnyk sgt bnda kita terlepas pandang. Kita lupa. Biasa. Manusia dan salah silap berpisah tiada. Salah silap/kegagalan/jatuh tersungkur bagi aku bukan the ending..ianya peluang utk belajar. 

K baiee...tak berani ckp bnyk psl agama. Awok ni bkn arif sgt hal agama. HewHew.






Friday, 9 January 2015

Day 5: Your day in great detail

Assalamualaikum


Day 5: Your day in great detail

My day in great detail huh? In one word pun boleh - bosan. HewHewHew. Tipikal hari-hari bakal guru yang menunggu waktu posting lah sayang.

5.30pagi - Bangun mandi
6.00pagi - Solat subuh
7.00pagi - Sapu depan rumah/Siram pokok
8.00pagi - Breakfast
Pagi tadi buat susu segelas, makan 2 roti wholewheat gardenia yang diletakkan keju kt tgh and aku fry kejap. Tiba-tiba time makan ada serangga masuk dlm susu. Aku berang. Geram. Terus buat kopi segelas sebab geram kat serangga yang mati lemas tu. Ape kaitan? Mmg takde. Alasan je nak minum kopi. Eheh.
9.00pagi - Kemas rumah
Ayah busy lately sebab uruskan mangsa-mangsa banjir dr Kampung Gajah. Semalam, banjir mula naik ke Selabak. Tambah lagi kerjanye. So buat kerja kat ruang tamu sampai tidur situ. So ruang tamu tu pun..hm..macam tu.. Ha Ha Ha.
10.00pagi - Mula lepak dapur.
Pasang radio hot.fm. Dengar celoteh AM Crew cm biase. Prepare bahan nak masak Ikan masak taucu dengan sambal telur. Ambil portion sikit je sebab prepare utk parents. Aku? Tak makan. Diet. Lah. Sangat. Ha Ha Ha.

                HashtagTaucuOpahNur          

                       HashtagTerbaaaiikk

Ape?? Baked Beans?? Hm..elok. Memang Baked Beans 'sangat' dekk..Nama dia taucu. Sedap! Bagi aku, taucu antara lauk yang aku suka tapi budak-budak sekarang mana suka makan lauk taucu. Taste berubah ikut zaman I guess. Feeling tua sangat kan. Ha Ha Ha. Kesian Acik Midah aku yang berniaga depan IPG Ipoh, dia kata budak-budak sekarang tak layan taucu dah..so dia tukar lauk lain. Aku punya lah mencari lauk taucu kat kedai Acik Midah. *Bummer*
11.00pagi - Masak
Mak aku yang suka sangat lauk taucu. Ayah aku cakap tak suka. Ulang suara. Ayah aku cakap tak suka.
12.30tghari - Mak ayah balik

             HashtagTakSukaMakanTaucuKatanya

1.30ptg - Solat
2.00ptg - Tengok TV
4.00ptg - Cycling
5.00ptg - Solat and mengaji
5.30ptg - Sambung Cycling
7.00mlm - Prepare solat
8.00mlm - Makan biskut Jacobs Hi-Iron 7 keping dengan susu segelas.
8.30mlm - Sesi mengurut mak
10.00mlm - Maharaja Lawak Mega.
As I'm typing right now, tergelak-gelak tengok Shiro. Ha Ha Ha. Tema minggu ni Seram. Kalau ikut konsisten, aku suka Zero tapi Shiro, Sepahtu dan Bocey selalu come back dengan performance yg lebih win! Tak kisah lah sape menang, enjoy the performance je lah..


P/S: Jalor please sedar yang korang memang tak perform. Juri tak boleh ada favouritism. Tak timbul isu suka or not. Tak timbul juga isu if korg abaikan anak isteri kat rumah sebab itu falls kpd time management korg. Dan ini komitmen korg pada pertandingan. So, jgn lah sentap bila kalah. Adat pertandingan. Cuba lah lagi.

Tuesday, 6 January 2015

Day 4: Your current relationship. If single, discuss single life.

Assalamualaikum


Day 4: Your current relationship. If single, discuss single life.

First of all, I have never experience romatic relationship or bg fahaman budak-budak sekarang, couple/boyfriend-girlfriend. Recently, aku berkawan dgn someone yang diperkenalkan oleh someone yang aku hormati. Niat berkawan ni to see if we can proceed into the next phase lah. Kami setuju untuk berkawan dulu and let time decide kami ni sesuai or not. Let's not put our hope so high ya. K Bai.

For me personally, aku takut dgn title 'in relationship' tu. Sbb bila kita involve dengan relationship, kita kena bagi komitmen. Aku ada satu aim dlm hidup utk dptkan first and last love. The only one guy. Pergh..bunyi mustahil gila utk zaman skrg ni kan. Tapi aku try jaga hati aku utk tak terlalu suka mana-mana lelaki. I'm still trying tp kalau takdir kata aku kena patah hati dulu sebelum jumpa the one, nak buat macammana kan.

In relationship: I never knew it will be so complicated and awkward. Berserah je lah skrg.




SINGLE LIFE
Aku prefer borak pasal single life sebab aku tak pernah rasa pun married life kan. HewHewHew. Bagi aku single life is actually great. Freedom adalah definisi paling tepat kot. Ha Ha Ha. Plus, most boys tak tertarik pun dengan nerd comot mcm aku. So aku selamat lah dari fasa-fasa heart broken semua nih. Kawan aku spend duit beli topup, keluar berjalan dengan boyfriend diorg..Aku pulak habis duit beli Utopia, Kreko, Manga, Komik dengan buku sketch. Bunyinye agak anti-sosial mybe tapi aku happy time tu.

Kawan-kawan aku yang in relationship dh macam penghidap bipolar. Pagi jumpa dorg boleh gelak-gelak, habis rehat lepas jumpa boyfriend dorg, boleh pulak menangis dlm tandas surau. Aku mampu tengok je lah sebab tak layak cakap apa-apa. Orang takde pengalaman kan.Yang pasti, bila aku tengok sendiri kawan-kawan aku merana mcm tu, aku selalu ingatkan diri aku yang belum masanya lagi untuk romantic relationship time belajar. Aku maybe tak dapat handle apa yang dorg handle time tu. Too depressing. Last-last bila aku geram sgt tengok dorg asyik menangis, aku ckp suruh putus je.

Ate, kalau dah payah sgt kan. *tgn kat bahu, mata ke atas*

Semua orang akan ada crush. Especially single people la kan. Someone yang diorang adores or physically attracted. Bagi aku, personaliti mudah buat aku suka kat orang. Aku pernah ada sorang crush yang last for 8 years. 8 darn years! Buang masa sungguh la.. Ha Ha Ha. Ntah apa yang aku suka kat dia. Then slowly, aku belajar untuk move on and forget about him. Ini jugak antara sebab kenapa aku tahan sangat diri aku untuk suka pada mana-mana lelaki. Payah bila aku dah suka, susah aku nak lupa. Aku jugak yang sengsara. Sengsara sorang-sorang. LOL



      Please find me one Panda Guy!

Monday, 5 January 2015

Day 3: Ten likes and dislikes

Assalamualaikum


Day 3: Ten likes and dislikes

Likes
1. Family and kucing
2. Seni dan budaya
3. Urut orang especially mak *pelanggan tetap*
4. Kanak-kanak especially yang beradab dan petah *rasa nak peluk*
5. Yogurt and green tea - prefer natural dr yang berperisa
6. Orang-orang yang rendah diri, kelakar dan tak diskriminasi
7. Suka mengemas bila marah tp aura membunuh tu kuat gila
8. Suka melawat historical places or nature - Nerd gila. hahaha
9. Suka reality TV/documentaries berbanding drama - Fav Astro channel: 732, 555, 571, 703, 392
10. Bagi nyamuk hisap darah sampai dia gemuk lepas tu - Papp! *Percikan Darah*

Dislikes
1. Tempat sesak/ramai orang
2. Rude, Assabiah, Super Saiya and dramatic people
3. Lipas, Lipan, and Scorpion.
4. Orang semakkan ruang tamu especially lepas kemas! *Mmg mintak kena bebel*
5. Bawang putih yang dihentak dlm masakan - Erghh..Yuck
6. Musim hujan - sejuk!
7. Ulat putih2 yg makan pokok tu. Rupa mcm kapas kecik2 - nth apa nama dia. Kesian pokok aku!
8. Rambutan, Laici, Mata kucing - bukan lah tak mkn langsung tp kalau ada pilihan, takkan pilih mereka.
9. Chocolate - Esp dark chocolate (very healthy tp pahit sgt) and white chocolate (not healthy - manis sgt)
10. Bila orang puji. Sebab aku ada masalah dgn diri aku. Result psychology test aku - Kritik Diri 70%



Kritik Diri

Selalu nampak diri aku worthless, tak layak for anything, weak, and apa2 saje yang negatif lah. Aku jd optimis when it comes to other people, orang lain tu cantik, lebih baik, lebih pandai and lebih serba serbi. Tp aku akan pandang rendah pada diri aku. Memang dah lama aku hadap isu ni.

Orang kata senang "Jangan lah pandang rendah sgt diri kau!"

Apa aku boleh buat kalau aku tak boleh ubah statement "I'm worthless" dalam kepala aku? Jadi aku cuma mampu senyum bila kawan-kawan nasihat gitu. Aku cuba, every day. Slowly utk explore potentials aku so aku boleh bagi sebab pada diri aku yang aku lebih baik dari apa yang aku fikirkan. Surprisingly, if aku REALLY nak something, aku akan WORK REALLY HARD for it. Tanyalah kawan-kawan aku, when it comes to SENI, bersungguh tak ingat dunia. Hahah.

However, dikutuk or tak dipuji langsung tak buat aku rasa better. Make it worse ada lah. Ha Ha Ha. Puji boleh, cuma jangan lah ambil hati kalau aku tak bagi reaksi yang baik sebab aku jarang dipuji and tak pandai react to pujian. Same goes to SURPRISE, aku tak pandai react to surprise. Rupa aku mcm pokerface/terkesima gitu. Hew Hew Hew.

Rindu Anak-anak Angkat!

Assalamualaikum

Berita posting penempatan ke sekolah-sekolah dah start since KPM kluarkan penempatan utk SJKC di selangor. While waiting for my turn, teringat balik time praktikum kat sekolah-sekolah dlu. Sekaligus teringat juga lah anak-anak angkat sebelum ni..hehe.. Teacher rindu.. jiwa-jiwa suci..





My word of wisdom for the kids : "Tidak ada apa yang kekal..setiap perkara dan masa akan sentiasa bergerak dan berubah-ubah. Hari ini kita berjumpa, esok lusa kita berpisah." Moga saat persinggahan teacher dalam hidup kalian dapat membawa makna dalam hidup kita bersama. Yang pasti, teacher sayang kalian dan always doa yang kalian membesar menjadi anak yang baik. Itu yang penting, grade dan pencapaian mungkin menetapkan status kalian dalam masyarakat tapi akhlak yang baik tu yang membawa kalian ke syurga yang kekal. Take care children!

P/S: Berdebar tunggu result posting!

Monday, 22 December 2014

Fresh Start

Assalamualaikum.

Ini adalah blog yang ke 501. Heh. Sebelum ni pernah create blog "ThrowMyHeartOut" yang mana motif utama blog tu adalah untuk membantu aku dengan my English Language proficiency. Blog tu bertahan selama 3 tahun. Lepas tu mula tak aktif blog. Maka ia ditinggal terbengkalai forever alone sorang-sorang. Ok. Habis cerita.

23.12.2014 is a New Chapter

A little bit of self-introduction. Dilahirkan pada 20hb Mac 1991 bersamaan 3 Ramadan di Hospital Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Berdarah Mandailing Lubis dan Siam Pattani, but I'm proudly claimed myself as a Mandailing sebab rare dan berhidung jambu air. Eheh Eheh. Syahirah adalah nama yang dipilih untuk menjadi nama dunia akhirat.

Currently sedang menunggu panggilan posting dari Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah sebelah barat Malaysia. Amin Amin Amin. Jangan dipertikailah kenapa mengapa dan sebagainya. Bermajor dalam Teaching English as a Second Language for Primary School Students dan berminorkan Language Arts dan Pendidikan Seni Visual.


Simple words to describe me:

Seorang Hantu Galah dari 2003 sampai sekarang


Rabun


Seni berakar di hati


Was cute


Currently a weirdo


Although dah 23 tahun, I still have this childish side of me yang keluar especially bila hang around orang-orang yang rapat. Walaupun generally orang luar nampak aku dingin, sombong dan pendiam. Pergh..Padu. Hanya orang-orang yang rapat akan nampak diri aku yang extrovert and weirdly goofy. Ulang suara hanya special people je dpt hadap perangai pelik aku. Bila cakap pasal perangai childish, ada macam-macam kan. Childish aku adalah aku suka tease orang yang rapat dengan aku. I think most primary school teachers akan ada this childish inner-self yang membantu interaksi dorang dengan budak-budak jadi more fun. Actually, bagus jugak kalau kita semua ada this childish inner-self yang fokus pada having fun and care-free. Alam orang dewasa terlalu stress. *sighGST*  Eh. Some people like me, some people don't. Kita tak boleh senangkan  hati semua orang. Hati kita ni Allah yang pegang. Till next time.